Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706

 PENGENALAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 

Latar  Belakang Syarikat

Cross Boarder Travel & Tour Sdn Bhd (CBTTSB) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pada 19 haribulan  Januari 2011 oleh En. Ali Idris Bin Mohamed sebagai Pengarah Urusan syarikat. No. Pendaftaran Syarikat 930335-M. Modal yang di benarkan ialah sebanyak RM 500,000.00 manakala modal berbayar ialah RM 450,000.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja) dengan 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera.

Aktiviti utama syarikat ialah sebagai agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Selain dari itu,  kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dsb. CBTTSB juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta.

CBTTSB menawarkan perkhidamatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif. Kami percaya bahawa "Perkhidmatan kami membuatkan sesuatu kelainan".

Dedikasi kami menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami mencerminkan polisi pengambilan tenaga kerja yang berkaliber dan berpengalaman di samping latihan - latihan serta menaiktaraf skil kakitangan dan juga peralatan pejabat dengan teknologi yang terkini

 

Misi

  • Pekerja merupakan aset yang paling bernilai

  • Menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti tinggi bagi kepentingan pelanggan.

  • Meneruskan pembangunan strategik dan sistematik bahagian sumber manusia ke arah mengekalkan kelebihan pesaingan kami.

  • Meningkatkan kedudukan kami dalam pasaran global dan merasa bangga sebagai satu entiti Malaysia.

 

Visi

Untuk menjadi sebuah agensi pengembaraan dan pelancongan yang berdaya saing dan unggul di Negara ini dan menyahut seruan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah Negara pelancongan yang tersohor di dunia.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Penjualan dan penempahan tiket penerbangan untuk dalam dan luar negara

  • Mengambil tempahan tiket penerbangan bagi peserta yang menghadiri Malaysian Technical Co-operation Program (MTCP) anjuran pelbagai jabatan kerajaan

  • Menawarkan pakej pelancongan ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara

  • Menawar pakej umrah berkumpulan atau keluarga

  • Membuat penempahan bilik hotel di dalam dan luar negara

  • Menyediakan insuran perjalanan ke serata dunia

  • Menawarkan perkhidmatan permohonan visa lawatan untuk pelanggan

  • Menawarkan perkhidmatan bagi "Meetings, Incentive, Convention, & Exhibitions" (M.I.C.E)

  • Penyewaan bas persiaran/pelancongan dan limosin dalam dan luar negara

  • Penyewaan kereta pandu sendiri

  • Menyediakan kemudahan "Homestay"

  • Perkhidmatan di lapangan terbang ( hantar & sambut, daftar masuk dsb )

Kakitangan agensi kami sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan selaras dengan visi kami "Kepuasan Anda, Keutamaan Kami"

 

 

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×