Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
6 HARI 4 MALAM KOREA & NAMI ISLAND
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 

HARI 01     KUALA LUMPUR – HONG KONG                                 

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Incheon melalui Hong Kong.
  • Tiba di Lapangan Terbang Incheon, di sambut oleh wakil Amar Travel.
  • Daftar masuk hotel & bermalam.

HARI 02     HONG KONG – INCHEON – NAMI ISLAND – SKI RESORT/MT SORAK   (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Menuju ke Chuncheon dan melawat Nami Island menaiki feri (lokasi pengambaran drama Winter Sonata)
  • Makan tengahari di restoran
  • Menuju ke Ski Resort (tidak termasuk alat kelengkapan ski)***untuk pelepasan Jan-Feb
  • ATAU
  • Menuju ke Gunung Sorak dan melawat ke Gwongeumseong Fortress dengan menaiki kereta kabel***untuk pelepasan Mac-Apr
  • Makan malam di restoran
  • Daftar masuk hotel & bermalam

HARI 03     SKI RESORT/MT SORAK – SEOUL         (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Menuju ke Seoul dan melawat Lotte World termasuk tiket
  • Makan tengahari di restoran
  • Melawat Seewed Museum + DIY Kimbap dan memakai Hanbok, kedai kosmetik, Namsan View Point atau Seoul Tower (tidak termasuk lift).
  • Makan malam di restoran
  • Bermalam di hotel

HARI 04     SEOUL       (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel 
  • Melawat Blue House, Gyeongbok Palace & National Folk Museum (tutup hari Selasa), Ginseng Center, Red Pine dan kilang Amethyst
  • Makan tengahari di restoran 
  • Melawat Itaewon Central Mosque & Itaewon Shopping Street, Cheonggyechon Stream dan Myeongdong Market
  • Makan malam di restoran 
  • Bermalam di hotel

HARI 05     SEOUL – HONGKONG – KUALA LUMPUR   (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong
  • Selamat tiba di Kuala Lumpur 

Standard

Tarikh Berlepas:
 30-Jan    09-Feb    16-Mac  

CATHAY PACIFIC
Dewasa
Berdua
RM 3379
Dewasa
Seorang
RM 3979
Child
Berdua
RM 3379
Child
Tanpa Katil
RM 2579
Child
Perlu Katil
RM 2979
Maklumat Penerbangan:

MAKLUMAT PENERBANGAN (**tertakluk kepada perubahan)

HARI         NO PESAWAT            DESTINASI                                                      MASA

01             KA 728                       KUALA LUMPUR – HONG KONG             1030 – 1440  

01             CX 416                       HONG KONG – INCHEON                          1640 – 2120  

05             CX 433                       INCHEON – HONG KONG                          1355 – 1655        

05             KA 727                       HONG KONG –  KUALA LUMPUR            2025 – 0025+1  

 

**Surcaj RM150 untuk tarikh 16 Mac

Maklumat Penginapan:

INCHEON : Air Relax / Zeumes atau Setaraf

SKI RESORT : Bears Town Resort atau Setaraf

ATAU

MT SORAK : I Prak Condominium atau Setaraf

SEOUL : Benikea The M / Golden City atau Setaraf


Tarikh Sah: Dari 07-12-2017 Sehingga 16-03-2018
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Amar Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatantidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet Antarabangsa oleh hotel.
    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Amar Travel and Tours tanpa notis pemberitahuan.
    • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian mengenai program lawatan, maka atur cara  dalam versi Bahasa Inggeris merupakan versi yang sah
    • Sila rujuk Terma & Syarat Amar Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM800 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Amar Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

     

     

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Amar Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pelucuthakan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 07-12-2017

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai dengan Cathay Pacific
 Hotel peginapan 6 malam dengan sarapan pagi
 Makan tengahari & makan malam – menu HALAL di Seoul / makanan laut di daerah lain (
 
 tertakluk kepada perubahan)
 Bayaran Masuk: Lotte World
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tip
 Wakil daripada Amar Travel & Tours Sdn Bhd
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Harga tidak termasuk cukai 6% GST (MY TAX)
 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 58.61 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

6 HARI 4 MALAM KOREA & NAMI ISLAND

6 HARI 4 MALAM KOREA & NAMI ISLAND

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×