Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
10 HARI 7 MALAM TURKI – QR
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
10 HARI 7 MALAM TURKI – QR
ISTANBUL – BURSA – PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU – ISTANBUL
 

HARI 01  KUALA LUMPUR

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Istanbul melalui Doha

HARI 02  KUALA LUMPUR – DOHA – ISTANBUL – BURSA     (MM)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk disambut oleh wakil Amar Travel
  • Bertolak ke Bursa
  • Daftar masuk hotel, makan malam & bermalam

HARI 03  BURSA – PAMUKKALE                   (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat Masjid Hijau ,Silk Bazaar dan Ottoman House
  • Makan tengahari
  • Bertolak ke Pamukkale – melawat ‘Ancient City of Heirapolis
  • Daftar masuk hotel, makan malam & bermalam

HARI 04  PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA                 (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bertolak ke Konya & melawat muzium Mevlana
  • Makan tengahari di restoran
  • Teruskan perjalanan ke Cappadocia
  • Daftar masuk hotel, makan malam & bermalam

HARI 05  CAPPADOCIA                   (SP, MT, MM)          

  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat ‘Underground City Of Kaymakli’ – bandar bawah tanah yang bersejarah
  • Berhenti bergambar ditempat ‘Valley of Birds’ dan ‘Uchisar Castle’
  • Melawat ‘Gerome Open Air Museum’, ‘Pigeon Valley’
  • Makan tengahari di ‘Avanos Village’
  • Menyaksikan demonstrasi ‘local pottery’ dan ‘handmade’ karpet
  • Kembali ke hotel, makan malam & bermalam

HARI 06  CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU                (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Bertolak ke Ankara - ibu negera Turkey & melawat ke Ataturk Mausoleum
  • Makan tengahari
  • Teruskan perjalanan ke Bolu
  • Daftar masuk hotel, makan malam & bermalam

HARI 07  BOLU – ISTANBUL                                               (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Daftar keluar hotel dan bertolak ke Istanbul
  • Tiba di Istanbul, melawat Masjid/Makam Ayyub Al Ansari, Masjid Suleymaniye
  • Makan tengahari di restoran
  • Membeli-belah di “Spice Bazaar” (salah satu bazaar yang terbesar di Bandar Istanbul)
  • Makan malam di restoran
  • Daftar masuk hotel & bermalam

HARI 08  ISTANBUL                                              (SP, MT, MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Menaiki Bosphorus Cruise
  • Melawat Hagia Sophia (St.Sophia), Masjid Biru (dikenali kerana jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman) dan Topkapi Palace
  • Membeli-belah di “Grand Bazaar” – merupakan tempat membeli-belah yang terbesar dan tertua di dunia
  • Makan malam di restoran
  • Bermalam di hotel

HARI 09  ISTANBUL – DOHA – KUALA LUMPUR      (SP)

  • Sarapan pagi  
  • Daftar keluar hotel dan aktiviti bebas
  • Berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha

HARI 10  KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Kuala Lumpur

LAWATAN TAMBAHAN

LAWATAN PILIHAN:

  1. Hot Air Balloon - USD200 seorang

Belon udara panas adalah cara terbaik untuk meneroka Cappadocia. Anda akan berlepas sebelum matahari terbit dan akan terpukau dengan keindahan landskap yang menakjubkan di bawah anda.  Anda akan terbang melalui pembentukan batu ‘fairy chimneys’, lembah yang penuh dengan ‘pigeon house’, kebun dan ladang anggur.  Rasai keindahan Cappadocia yang tidak akan anda lupakan.

Standard

Tarikh Berlepas:
 25-Nov  

QATAR AIRWAYS
Dewasa
Berdua
RM 4679
Dewasa
Seorang
RM 5579
Child
Berdua
RM 4679
Child
Tanpa Katil
RM 4279
Child
Perlu Katil
RM 4479
Maklumat Penerbangan:

MAKLUMAT PENERBANGAN

HARI        NO PESAWAT          DESTINASI                                                  MASA      

01              QR 853                        KUALA LUMPUR – DOHA                              0210 – 0530

01              QR 239                        DOHA - ISTANBUL                                        0830 – 1245

08              QR 240                        ISTANBUL – DOHA                                        1415 – 2015

08              QR 844                        DOHA - KUALA LUMPUR                               0220 – 1355

**SURCAJ RM200 PADA 12-02-2018

Maklumat Penginapan:

Istanbul – Park Inn by Radisson / Similar

Bursa – Almira Hotel / Similar

Pamukkale – Richmond Hotel / Similar

Capadocia – Avrasya Hotel / Similar

Bolu – Buyuk Abant Hotel / Similar

Istanbul – Park Inn by Radisson / Similar


Tarikh Sah: Dari 21-12-2017 Sehingga 30-11-2018
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang

    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu

    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir

    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika

    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian

    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas

    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali

    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.

    • Cross Border Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.

    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.

    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel & Tours tanpa notis pemberitahuan.

    • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian mengenai program lawatan, maka atur cara  dalam versi Bahasa Inggeris merupakan versi yang sah

    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    DEPOSIT & PEMBAYARAN PENEMPAHAN:

    1. Deposit RM2500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan

    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas

    3. Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours berhak untuk membatalkan deposit dan juga tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.

    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours terma & syarat)

     

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pembatalan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 17-04-2018

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai oleh Qatar Airways
 Penginapan 7 malam di hotel
 Setiap hari sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seperti dalam aturcara
 Bayaran Masuk: Bosphorus Cruise, Topkapi Sarayi & Hagia Sophia
 Satu botol air minuman setiap hari untuk setiap orang
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Wifi percuma didalam bas
 Tip
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Harga tidak termasuk cukai 6% GST (MY TAX)
 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam aturcara
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak disebut dalam aturcara
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

10 HARI 7 MALAM TURKI – QR

10 HARI 7 MALAM TURKI – QR

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×